Anda Sekarang Seorang Agen Berdaftar. Apakah Langkah Seterusnya? Jom Mula.

Monday, April 16, 2018 FingerTec 0 Comments



1. Cara untuk mengaktifkan dan log masuk ke dalam akaun TimeTec

Anda akan menerima emel untuk mengaktifkan akaun anda sebaik sahaja pendaftaran anda sebagai Agen TimeTec diluluskan. Klik di butang atau pada pautan pengaktifan dan anda sedia untuk log masuk ke dalam akaun.



2. Terokai Akaun Agen TimeTec

Akaun Agen TimeTec akan membolehkan anda untuk melihat perjanjian perniagaan, dasar pembayaran, bahan pemasaran, menambah Pelanggan, menambah Agen (untuk akaun Agen bertaraf Pengedar sahaja), menambah pengurus akaun, dan melihat jualan dan komisen terkini. Berikut adalah beberapa foto yang akan memberikan gambaran keseluruhan mengenai akaun Agen dan Pengedar di TimeTec




3. Switch to Subscriber > My Account

Semua Agen TimeTec akan diberikan akaun percubaan apabila permohonan sebagai agen lulus. Di dalam akaun percubaan terdapat 2 bahagian: 
My Account dan Application (TimeTec TA / TimeeTec Patrol / TimeTec Leave, dan lain-lain). 

Fungsi My Account adalah untuk agen menguruskan lesen, pilihan pembaharuan secara automatik, memeriksa invois, menambah pentadbir bil, dan lain-lain.  Berikut adalah gambaran keseluruhan My Account.



4. Cuba Aplikasi TimeTec

Untuk akses aplikasi TimeTec dari My Account, gerakkan tetikus ke ikon senarai Aplikasi dan pilih aplikasi yang diingini. Anda juga boleh menyemak senarai Aplikasi TimeTec yang tersedia dan mengaktifkannya di Company> Company Account. Susun atur akaun anda dengan menggunakan Setup Wizard dan daftar di sesi Webinar untuk latihan lengkap.



5. Kemaskini Maklumat Syarikat

Maklumat Syarikat yang tepat sangat penting bagi Agen kerana semua pelanggan yang berpotensi akan kami lanjutkan kepada Age dari masa ke semasa. Pelanggan akan diberikan butiran syarikat seperti nama syarikat, alamat, nombor telefon dan nama orang yang berkaitan. Anda juga akan menerima emel notifikasi yang memberikan maklumat tentang pelanggan yang berpotensi. Maklumat atau butiran syarikat hanya boleh diubah pada paparan Aplikasi TimeTec, samada TimeTec Patrol atau TimeTec Leave.

Anda boleh ke pautan Aplikasi, pilih Company > Company Profile.



Sekarang akaun Agen TimeTec anda telah siap, and boleh mula menambah pelanggan dan mempromosikan Aplikasi TimeTec. Anda juga boleh menggunakan bahan-bahan pemasaran yang telah disediakan untuk menjalankan aktiviti promosi. Jika pelanggan anda telah mendaftar sebagai Agen, sila hubungi kami di info@timecloud.com untuk meletakkan pelanggan tersebut di bawah akaun anda.
Selamat maju jaya!

Untuk versi Bahasa Inggeris, klik sini.




0 comments: